Saturday, June 27, 2009
MARILAH BERSOLAT!!!!
“Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya” Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau jelek, maka jeleklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang mukmin mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat waktu?
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya (berjamaah di masjid) sekalipun dengan merangkak” [HR Al-Bukhari dan Muslim].
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya; hanya dua rakaat. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, karena waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit). Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata penyebab utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.
“Setan melilit leher seorang di antara kalian dengan tiga lilitan ketika ia tidur. Dengan setiap lilitan setan membisikkan, ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila ia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila ia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan yang ketiga,
sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, ia akan terbawa lambat dan malas”.
Air Sembahyang....
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu..
Monday, December 15, 2008
Sama2lah kita mengamalkannya...
-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
- Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki...
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatupermata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yangdikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:
-1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan slalu.
Wednesday, September 10, 2008
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Friday, August 22, 2008
SaLam RaMADhaN...

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.