2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga> luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan> tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses> informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara> isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias> isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.> Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.> I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya> jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih> dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing> n> berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam> maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax> sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk> dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata> dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan> rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk> isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma> ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,> kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang> best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri> kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok> belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma> masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan> perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang> semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin> dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh> control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma> main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan> sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,> jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya> perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi> itulah dia rela nak tolong.
4. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan> dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul> sampah,> bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu> barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke> nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda> dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.> Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri> pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri> tapi> diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri> sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak> boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,> jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara> baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati> nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?> Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa> doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai> isteri nak mampus pun tak perasan .
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .> Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat> isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling> menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku> bila> dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti> yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar> kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum> tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar> kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga> belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya> dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian> rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau> suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .> Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati> orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,> perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami> boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang> perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman>> "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,> sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Renung-renungkan...dan selamat beramal..